kehidupan ni tak menentu ada masa kita gembira ada masa kita sedih . apapun kita mestilah teruskan kehidupan kita hingga ke akhir hayat kita . janganlah terlalu gembira sangat di dunia ini kita hanyalah sementara sahaja di dunia ni , kita tak tahu apa akan jadi selepas kita mati . ingatlah siapa yang menghidupkan kita dan siapa yang akan mematikan kita ;)

Dec 2, 2011

Putus cinta- Belajar Lupakan Bekas Kekasih

Putus cinta

Putus cinta memang perkara yang menyakitkan. Kebanyakan orang seolah-olah ’sesat dan tak bernyawa’ bila putus cinta. Terutama bagi mereka yang dah lama couple dan selalu habiskan masa bersama. Banyak kenangan yang sentiasa buat korang teringatkan dia.
Harus diingati, Ex korang ialah sejarah korang. Korang kena belajar untuk hidup tanpa dia. Memang ini bukan perkara mudah tapi bantuan akan sedia ada untuk membantu korang melihat dengan lebih jelas.

Cara belajar lupa bekas kekasih -Putus Cinta

1)  Ia benar-benar berakhir. Jangan dekati dia. Jangan cuba hubungi dia sama ada melalui telefon mahupun facebook. Jangan lawati tempat yang korang pernah date dengan dia.
2)  Bila dah betul-betul berpisah, sudah tiada apa yang nak dibincangkan lagi. Jangan merayu, menangis ataupun buat miss-called walaupun di dalam keadaan yang desperate. Dia tahu korang memang nak dia kembali tapi dia tak kisah. Ambil tu sebagai petanda.

3)  Selaraskan fikiran dan emosi. Catatkan perasaan sedih dan negatif pada kertas. Ekspresikan kesemuanya dan musnahkan kertas tu. Jangan bagi kat ex korang pulak. Mungkin dia rasa kelakar atau bertambah rimas bila tengok korang dah jadi desperate macam tu. Yang pasti, rakan dia yang terdekat mesti akan tahu jugak.

4)  Cari tempak yang baru untuk melepak. Jangan jumpa dengan kawan-kawan ex korang. Jika ada kawan korang yang masih nak keep in touch dengan ex korang tu, maka lebih baik korang elakkan dari berjumpa dengan dia. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu. Seorang rakan sejati akan memahami apa yang korang lalui dan tinggalkan persahabatan dengan ex korang tu. Pada masa ni, korang akan dapat tahu betapa sejatinya kawan korang tu.
5)  Buang semua hadiah atau cenderahati yang ex korang bagi. Keadaan Cuma akan semakin teruk kalau korang masih simpan semua tu.
Korang akan faham jugak dan proses penyembuhan akan bermula. Cuma ambil masa sikit. Kehidupan ni tak akan kekal di takuk yang sama. Kegembiraan dan kebahagiaan tu akan muncul kembali. Cuma jangan putus harapan.

Putus cinta memang hebat cabarannya.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

No comments:


© BLOGGER ORIGINAL , VERIFIED OFFICIAL BY AIMAN MALEK ®