kehidupan ni tak menentu ada masa kita gembira ada masa kita sedih . apapun kita mestilah teruskan kehidupan kita hingga ke akhir hayat kita . janganlah terlalu gembira sangat di dunia ini kita hanyalah sementara sahaja di dunia ni , kita tak tahu apa akan jadi selepas kita mati . ingatlah siapa yang menghidupkan kita dan siapa yang akan mematikan kita ;)

Dec 4, 2011

2 Cara Asam Jawa Hilangkan Parut

Selain daripada lendir daun lidah buaya, korg boleh gune asam jawa untuk hilangkan parut pada badan. Ada 2 cara yang boleh korg cuba. Tapi sebelum tue, apakata korg kenali dulu rupa asam jawa atau bahasa saintifiknya "tamarindus indica".


              Rajah 1: Pokok Asam Jawa                                    Rajah 2: Asam Jawa 

Cara 1: Hilangkan parut dengan asam jawa

i. korg ambil dulu asam jawa mengikut keperluan. Kalau parut korg kecil, ambil secubit dua jer mungkin dah mencukupi.
ii. Kemudian, campurkan asam jawa tadi dengan air dan ramaskannya. Kuantiti air tu sikit jer. Jangan sampai ia terlalu cair, ok.
iii. Lepas tu, korg sapukan campuran tadi ke kawasan parut di tubuh korg. Biarkan ia sampai kering.
iv. Sebaik-baiknya korg buat pada waktu malam sebelum masuk tidur. Jadi, ada lebih masa campuran tersebut serap ke tubuh korg. Esok pagi barulah korg basuh.
v. Amalkan cara nie selalu sampailah korg berpuashati dengan hasilnyer.

Cara 2: Hilangkan parut dengan biji asam jawa

i. korg perlukan beberapa biji asam jawa.
ii. Kemudian, gorengkannya tanpa minyak lebih kurang dalam 5 minit.
iii. Seterusnya, korg goreskan biji asam jawa yang telah digoreng tu kat permukaan kasar. Contohnyer macam batu ker.
iv. Nanti ia akan mengeluarkan serbuk. Bila dah keluar serbuknya, korg titiskan sedikit air dan gosokkannya ke kawasan parut pada bahagian  badan korg..
v. Macam biasa, amalkan selalu sampai korg dapat hasilnya.

Selamat Mencuba!

p.s: Mungkin ia akan mengambil masa yang panjang untuk parut yang dah lama atau yang besar. Itu aku kurang pasti. Kita hanyalah berusaha, mudah-mudahan usaha kita diperkenankan oleh-Nya.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

2 comments:

© BLOGGER ORIGINAL , VERIFIED OFFICIAL BY AIMAN MALEK ®