kehidupan ni tak menentu ada masa kita gembira ada masa kita sedih . apapun kita mestilah teruskan kehidupan kita hingga ke akhir hayat kita . janganlah terlalu gembira sangat di dunia ini kita hanyalah sementara sahaja di dunia ni , kita tak tahu apa akan jadi selepas kita mati . ingatlah siapa yang menghidupkan kita dan siapa yang akan mematikan kita ;)

Jan 28, 2011

tempat kerja aku

habis jew spm aku terus mintak kejew dkt cniw..best gak kejew mcd ni seronok sb pekerja2 dia suma sporting manager pown satu kepala..pasal gaji jgn risau lahh gaji basic 960 blom campur ot byk 2..huhu..korg kalau nk jmpe aku korg dtg lahh mcd rawang..aku adew jew dkt mcd ni ha..:) 
 btw dh lama aku x update blogg aku sori lahh untuk pembaca blogg aku,aku skrg ni busy ckit besew la dh kejew skrg aku dh jarang update blogg ni..blogg aku x best mane pown buruk jew blogg aku x mcm blogg korg lawa adew cerita baruw2 kan.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

Jan 2, 2011

ohh cinta

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥


© BLOGGER ORIGINAL , VERIFIED OFFICIAL BY AIMAN MALEK ®