kehidupan ni tak menentu ada masa kita gembira ada masa kita sedih . apapun kita mestilah teruskan kehidupan kita hingga ke akhir hayat kita . janganlah terlalu gembira sangat di dunia ini kita hanyalah sementara sahaja di dunia ni , kita tak tahu apa akan jadi selepas kita mati . ingatlah siapa yang menghidupkan kita dan siapa yang akan mematikan kita ;)

Dec 8, 2011

Cara-cara Nak Download Subtitles Malay

hai semua hari ni aku nk ajar korg semua mcm mana nk download subtitle 'Malay' ..korg semua kalo download cerita mat saleh 2 mestilah korg semua nk cerita 2 ada subtitle kan dan yg paling pntg mesti korg nk subtitle 2 dlm bahasa melayu betol x ? x pew hari ni aku bg tawu korg cara2 dia okay .


1.korang kenalah pkai vlc player,media player classic atau bsc player sebernya byk lg tp mcm aku ni aku pkai vlc media player jew ..yang ni free jew x kena bayar pown cara2 nk download dia>=

(korg pergi dkt google korg taip vlc media player ..lpas 2 korg pilih yg nombor tiga vlc media player download)

(korg tekan free download 2 nanti dia akan kuar link untuk download)

2.korang download larh cerita apa yg korg nk website yg selalu aku download dkat {http://syok.org/}{ http://jieazzmovie.net/}{http://www.ddmf.biz/ ada tiga website 2 korg pilih lah yg mana korg nak..nanti time nk download 2 dia akn kuar part 1 dengan part 2 korg download dua2 part sebab nanti kalo korg x download hbis cerita yg korg download 2 x boleh PLAY seeloknya korg download guna file mediafire .

3.korang pergi dekat website ni http://subscene.com/ dkat cniw lah korg nk download subtitle malay

(lepas 2 korg click dkat malay thor 2011 kdg2 subtitle malay x dew tp korg blh gunakan subtitle indonesia x dew beza apa pown bahasa indonesia pown okay lebih kurang bahasa melayu jgak.
(korg tekan download malay subtitle lpas 2 sebelah dia 2 kan ada see preview korg kena preview dluw kdg2 minit yang cerita korg download 2 x sama ,kalo minit yg ni x sama korg try yg lain okay)
 (yang 2 file yg korg download td sorilah td cerita thor kan tapi yg ni sucker punch tp rupa file dia sama jew x dew beza pown mcm korg nampak anak panah yg aku buad kt ats 2 korg hanya perlu trik file 2 masukkn dlm vlc player dan subtitle akan keluar)


okay nampak tak ? jangan ckap tak nampak pulak.haha..
okay aku rasa dh ckup kowt sampa sini jew okay selamat mencuba :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

Dec 7, 2011

kawan :)




hari ni hari khamis pukul 1.50pagi aku sorg2 dlm bilik lg mcm biasa aku akan bukak laptop online dalam keadaan yg gelap dengar lagu mat saleh .hehe..bukak lagu kuat2 melalak sorg2 depan lappy aku ni smbil tengok gmbr bakal isteri aku :D
tapi pagi ni kan aku rasa sunyi sangat dengan bunyi kipas angin dlm bilik aku ni smbil mendengar lagu aku terfikirkn kehidupan aku skrg ni x tawu larh kenapa aku rasa susah hati sangat smbil merenung nasib aku memikirkan masa hadapan aku bilalah aku boleh jadi kaya mcm org2 yg kt luar sana 2 ..tp x pew walau pown aku x berharta aku bukanlah org yg kaya tp aku bersyukur dgn apa yg aku ada skrg ni ..aku bhagia sgt sb org2 yg aku syg org2 yg aku suka selalu ada di sisi aku ni ,jenis aku ni x memilih kawan x kesah larh kau spew kau truk mcm mane sekali pown aku akn ttap kawan sb aku lebih suka berkawan drpda bermusuh tp sesetengah org yg kt luar sana 2 yg bajet hot bajet dia perfect dia rasa dia dh ckup bagus sombong dgn aku x nk bertegur dgn aku x pew aku x kesah pown aku x rugi papew sb korg yg akn rugi nnti kawan untuk bergurau senda gelak bersama mmg banyak kawan yg nk happy2 jew mmg ramai tp korg penah jumpa tak kawan yg menangis untuk korg yg selalu memberi semangat dkat korg waktu korg susah dia akn tolong kalow dia boleh tolong kawan sejati larh katekan susah kan nk criw ..huh zaman skrg ni banyak kawan yg makan kawan betol x ? dkat cniw aku nk tunjuk dkat korg kawan aku yg sentiasa bersama aku susah senang bersama :)


{fakhri atau pown nama panggilan eki dia ni kelakar gelak sama style dgn aku banyak larh benda yg sama dgn aku sb aku dr kecil dgn dia susah senang bersama banyak sgt kenangan aku dgn dia dn byk jgak rahsia aku dgn dia hanya dia sorg jew yg tawu time aku susah kalo ada apa2 masalah selalu aku lpak dgn dia sb kalo aku lpak dgn dia semua masalah aku akn hilang .}

{yg ni shafie nama panggilan acai aku suka dia sb dia x pernah berkira dgn aku suka buad kjew gila dgn dia ,dia ni.selalu masuk air seronok kalo lepak dgn dia ,dia ni kan kalo tdow x engat dunia selagi x dew org kejut dia slagi 2 lah dia akn tdow.haha}

{yg ni hafiz nama panggilan pipo dia ni suka sgt kcow aku suka buad lawak time aku ssh kew aper dia msti tlg aku nk pergi mana2 msti dia akn ajk aku..suka belanja aku makan atau minum x pernah berkira dgn aku .}

{yg ni khairul nama panggilan erol yg ni aku suka kawan dgn dia sb otak dia gila sikit.haha..dia ni funny sangat  banyak bercakap kdg2 2 smpai aku tak larat nk dgr dia bercakap yg ni slalu tlg aku kalo ada papew mslh aku selalu jgak larh minx tlg dgn dia dia x kn pernah x tlg aku walau pown susah mcm mane dia akn tlg jgak suka kawan dgn dia} 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

Dec 4, 2011

2 Cara Asam Jawa Hilangkan Parut

Selain daripada lendir daun lidah buaya, korg boleh gune asam jawa untuk hilangkan parut pada badan. Ada 2 cara yang boleh korg cuba. Tapi sebelum tue, apakata korg kenali dulu rupa asam jawa atau bahasa saintifiknya "tamarindus indica".


              Rajah 1: Pokok Asam Jawa                                    Rajah 2: Asam Jawa 

Cara 1: Hilangkan parut dengan asam jawa

i. korg ambil dulu asam jawa mengikut keperluan. Kalau parut korg kecil, ambil secubit dua jer mungkin dah mencukupi.
ii. Kemudian, campurkan asam jawa tadi dengan air dan ramaskannya. Kuantiti air tu sikit jer. Jangan sampai ia terlalu cair, ok.
iii. Lepas tu, korg sapukan campuran tadi ke kawasan parut di tubuh korg. Biarkan ia sampai kering.
iv. Sebaik-baiknya korg buat pada waktu malam sebelum masuk tidur. Jadi, ada lebih masa campuran tersebut serap ke tubuh korg. Esok pagi barulah korg basuh.
v. Amalkan cara nie selalu sampailah korg berpuashati dengan hasilnyer.

Cara 2: Hilangkan parut dengan biji asam jawa

i. korg perlukan beberapa biji asam jawa.
ii. Kemudian, gorengkannya tanpa minyak lebih kurang dalam 5 minit.
iii. Seterusnya, korg goreskan biji asam jawa yang telah digoreng tu kat permukaan kasar. Contohnyer macam batu ker.
iv. Nanti ia akan mengeluarkan serbuk. Bila dah keluar serbuknya, korg titiskan sedikit air dan gosokkannya ke kawasan parut pada bahagian  badan korg..
v. Macam biasa, amalkan selalu sampai korg dapat hasilnya.

Selamat Mencuba!

p.s: Mungkin ia akan mengambil masa yang panjang untuk parut yang dah lama atau yang besar. Itu aku kurang pasti. Kita hanyalah berusaha, mudah-mudahan usaha kita diperkenankan oleh-Nya.



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

Mengesan Kecurangan

Memang teruk bila dapat tahu yang pasangan kita ni penipu tapi lagi teruk bila kita tak tahu pasangan kita ni setia atau tidak. Kecurangan boleh meninggalkan luka yang tidak akan sembuh dalam masa yang singkat. Tentu bagus kalau kita boleh kesan dari awal kan?
Sebelum kita selami cara-cara mengesan penipuan pasangan kita, jom kita bincangkan dulu tentang punca orang menipu. Aku selalu terfikir, kenapa binatang pun boleh setia dengan pasangan untuk seumur hidup sedangkan ramai manusia tak boleh handle tugas ni walaupun untuk lebih sebulan? Sebabnya manusia je satu-satunya makhluk yang berakal dan sedar bahawa diorang mempunyai pilihan. Disebabkan tu jugak, orang yang menipu akan memilih untuk menyembunyikan perbuatan diorang sebab diorang tahu yang perbuatan tu salah. Sebab tu lah penipu ni kadang-kadang susah untuk kita kantoikan.
Take note ye, ni ada beberapa tanda yang menunjukkan pasangan korang mungkin menipu :

1. Perubahan dari waktu kerja biasa
Overtime atau mungkin shif malam. Korang jangan tak tahum ni alasan yang paling popular tau oleh pasangan yang menipu.
2. Off handphone / Tak balas call
Jika cuba contact dia time korang syak yang dia menipu dan dia tak angkat call ataupun bagi alasan untuk tamatkan call, memang dia berpotensi besar untuk curang.
3. Perubahan cara pemakaian
Tiba-tiba berpakaian menarik, stail rambut baru dan lain-lain. Ini mungkin sebab dia nak tampak lebih menarik pada individu yang lain.
4. Perubahan dalam hubungan
Jika tiba-tiba dia dah tak mintak pandangan/pendapat korang lagi, mungkin disebabkan diorang dah jumpa kat orang lain.
5. Perbualan rahsia
Ada tak dia lari pergi cakap kat tempat lain bila dapat call ? Ataupun bercakap dalam ton yang sangat perlahan?
6. Delete e-mel / sms
Mungkin ramai di antara korang yang suka check telefon pasangan kan? Kalau tiap kali check, inbox or sent item asyik kosong je, pelik kan?

Sebenarnya banyak lagi petanda kecurangan tapi ini yang paling top. So, bila korang dah nampak ciri-ciri kecurangan tu dah muncul, apa yang paling penting untuk korang buat ialah diamkan diri dahulu. Jangan buka mulut hingga korang dah dapat bukti yang betul betul kukuh. Kalau awal-awal korang dah serang , kemungkinan untuk dia terlepas tu memang besar. Sebelum buat apa-apa keputusan, pastikan korang dah bersedia untuk terima hasilnya nanti.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

8 Ayat Penting Bila Bergaduh dengan Pasangan

Pasangan mana yang tak pernah bergaduh kan? Biasa la tu, asam garam bercinta. Tapi, selalunya hal yang kecil pun jadi besar bila kita tersalah cakap. Korang tak boleh main cakap lepas je. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?
Kali ni aku nak kongsikan ayat – ayat yang sepatutnya korang cakap bila bergaduh dengan pasangan.

1. You tak perlu tolong I apa-apa, I cuma nak bercakap dengan you.
Ini jawapan yang paling baik jika pasangan korang cakap yang korang suka sangat complain dan tak puas hati. So, dengan cara ni dia akan tahu yang korang cuma nak seseorang untuk dengar luahan hati korang.

2. Benda ni penting pada i. Tolong dengar cakap i.
Selalunya bila orang lain tengah bercakap, nampak je macam kita tengah mendengar tapi sebenarnya kita sibuk memikirkan apa yang kita patut cakap untuk layan je diorang. So korang boleh gunakan ayat ni untuk tarik perhatian si dia.

3. I tau yang I pun salah jugak.
Cara paling mudah untuk teruskan pergaduhan ialah dengan menyalahkan orang lain untuk semua perkara. Akui salah korang walaupun sekecil zarah.

4. You selalu menyimpang bila kita berbincang.
Korang start bergaduh tentang siapa yang kotorkan kereta lepas tu korang sambung dengan gaduh pasal hal lain pulak. Bila nak berbincang elok-elok , selalu terpesong dan start pulak point-point gaduh yang lain. Guna ayat ni untuk kembali pada subjek utama.

5. Ini bukan problem you sorang , ini problem kita.
Ini boleh mengubah dinamik perbincangan korang daripada ” Pakwe VS Awek” kepada ” Pakwe dan Awek VS problem ” . ( hehe korang faham tak? )

6. Kita gaduh pasal apa sebenarnya?
Ketidak-puasan hati yang sikit boleh membawa kita pada masalah yang lebih besar terutamanya bila kita selalu bergaduh disebabkan hal yang sama. Fikirkan tentang apa yang betul-betul buat korang tak gembira.

7. Kita relaks dulu kejap
Cuba relaks dulu beberapa minit. Berapa banyak perkara buruk yang korang cakap bila korang biarkan emosi menguasai korang? AKhirnya korang sendiri yang menyesal kan? Kalau korang rasa korang akan lepaskan ayat-ayat yang menyakitkan, baik korang relaks dulu.

8. I Love You !
Tiada apa yang lebih menarik perhatian daripada 3 perkataan ni. Dengan cara ni, korang dapat bantu pasangan untuk ingat semula ikatan yang koranng ada. :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

Dec 2, 2011

5 Cara Pikat Hati Lelaki

Rupa-rupanya ramai jugak kaum gadis yang singgah di blog ni.. Jadi, saya nak kongsikan pulak beberapa tip untuk memikat lelaki. Mesti ramai gadis di luar sana yang menganggap penampilan fizikal seperti cantik dan seksi adalah senjata yang paling power untuk memikat hati lelaki. Tapi, kecantikan tu sebenarnya tak memberi apa-apa makna besar untuk memastikan hubungan yang diikat tu akan erat selamanya .Selidiki beberapa tip ini. Boleh dikatakan inilah skill paling power untuk memikat hati lelaki .
  1. Terima lelaki seadanya
    * Korang kena tahu yang lelaki bukanlah individu yang sempurna. Korang pun macam tu. Ada jugak terselit sedikit kelemahan di sebalik kekuasaan mereka sebagai lelaki. So, korang janganlah kecik hati atau merungut kalau ada apa-apa perkara yang tak dapat lelaki tunaikan.
  2. Gadis perlu hargai lelaki
    * Try fahami perangai bf korang. Konfem lah ada perangai diorang yang korang tak suka kan? Tapi, janganlah tunjuk sangat yang korang stress bila berhadapan dengan perangai si dia yang korang tak suka tu. Lebih elok kalau korang saling memahami dan menerima kelemahan satu sama lain.
  3. Give and Take
    * Dalam apa saja perkara, korang mesti sanggup member lebih banyak dari menerima. Bukan lah nak memanjakan lelaki atau jadi hamba cinta. Tapi tak salah kalau sekali sekala korang cuba hargai bf korang ni.. Tak kan la sentiasa nak dilayan macam tuan puteri?
  4. Lelaki & Kejujuran
    * Kalau korang tak percayakan bf korang, jangan la nak expect dia akan percaya kat korang. Korang kena tahu yang lelaki akan setia bila dia dah sayangkan korang 100% . So, tak perlu risau bila dia keluar atau lepak dengan kawan2. Korang pun perlukan ruang untuk berkawan kan?
  5. Hormatilah lelaki
    * Lelaki ni menghormati wanita sebagai insan yang lemah dan perlu dilindungi. Terutama bila sedang bercinta, hormat dan saying lelaki pada korang akan lebih tebal. So, korang pun kena la jadi macam tu. Hormati diorang sebagai individu yang melindungi korang dan menjadi tempat korang bergantung harap. Kalau lelaki yang tak hormat atau kasar dengan wanita dikatakan dayus, perempuan macam tu nak digelar apa pulak ea?   

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

Putus cinta- Belajar Lupakan Bekas Kekasih

Putus cinta

Putus cinta memang perkara yang menyakitkan. Kebanyakan orang seolah-olah ’sesat dan tak bernyawa’ bila putus cinta. Terutama bagi mereka yang dah lama couple dan selalu habiskan masa bersama. Banyak kenangan yang sentiasa buat korang teringatkan dia.
Harus diingati, Ex korang ialah sejarah korang. Korang kena belajar untuk hidup tanpa dia. Memang ini bukan perkara mudah tapi bantuan akan sedia ada untuk membantu korang melihat dengan lebih jelas.

Cara belajar lupa bekas kekasih -Putus Cinta

1)  Ia benar-benar berakhir. Jangan dekati dia. Jangan cuba hubungi dia sama ada melalui telefon mahupun facebook. Jangan lawati tempat yang korang pernah date dengan dia.
2)  Bila dah betul-betul berpisah, sudah tiada apa yang nak dibincangkan lagi. Jangan merayu, menangis ataupun buat miss-called walaupun di dalam keadaan yang desperate. Dia tahu korang memang nak dia kembali tapi dia tak kisah. Ambil tu sebagai petanda.

3)  Selaraskan fikiran dan emosi. Catatkan perasaan sedih dan negatif pada kertas. Ekspresikan kesemuanya dan musnahkan kertas tu. Jangan bagi kat ex korang pulak. Mungkin dia rasa kelakar atau bertambah rimas bila tengok korang dah jadi desperate macam tu. Yang pasti, rakan dia yang terdekat mesti akan tahu jugak.

4)  Cari tempak yang baru untuk melepak. Jangan jumpa dengan kawan-kawan ex korang. Jika ada kawan korang yang masih nak keep in touch dengan ex korang tu, maka lebih baik korang elakkan dari berjumpa dengan dia. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu. Seorang rakan sejati akan memahami apa yang korang lalui dan tinggalkan persahabatan dengan ex korang tu. Pada masa ni, korang akan dapat tahu betapa sejatinya kawan korang tu.
5)  Buang semua hadiah atau cenderahati yang ex korang bagi. Keadaan Cuma akan semakin teruk kalau korang masih simpan semua tu.
Korang akan faham jugak dan proses penyembuhan akan bermula. Cuma ambil masa sikit. Kehidupan ni tak akan kekal di takuk yang sama. Kegembiraan dan kebahagiaan tu akan muncul kembali. Cuma jangan putus harapan.

Putus cinta memang hebat cabarannya.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

tips cinta :)

Bagaimana nak pujuk lelaki merajuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja. 
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia. 

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.


5. Biarkan dia hilangkan rajuknya sendiri.Jangan ganggu. tapi kalu laki merajuk pjg x tau hujung pangkal...maksud nya mgkn dia cari point nak cover line tu kut...sbb dia ada salah lain. hehe


Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥


© BLOGGER ORIGINAL , VERIFIED OFFICIAL BY AIMAN MALEK ®