kehidupan ni tak menentu ada masa kita gembira ada masa kita sedih . apapun kita mestilah teruskan kehidupan kita hingga ke akhir hayat kita . janganlah terlalu gembira sangat di dunia ini kita hanyalah sementara sahaja di dunia ni , kita tak tahu apa akan jadi selepas kita mati . ingatlah siapa yang menghidupkan kita dan siapa yang akan mematikan kita ;)

Jul 18, 2012

Tanda-Tanda Lelaki Suka Pada Seseorang Perempuan


SEPANJANG hayat anda tentu anda pernah merasai perasaan di mana anda meminati seseorang dalam diam bukan?. Hati anda ingin sangat mendekatinya namun malu menguasai diri. Dapat memandang dari jauh pun sudah memadai. Namun bagaimana pula dengan pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.

1. Memerhati Dalam Diam.
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, iaitu samaada dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur.
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat.
Biasanya bila anda meminati seseorang, anda akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja dia pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar.
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon.
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin.
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Sesetengah orang menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan saja tapi ada juga yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia membuat keputusan paling bijak yang terbaik untuk semua pihak. [sumber]
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca , Sila Tinggalkan Komen ♥

No comments:


© BLOGGER ORIGINAL , VERIFIED OFFICIAL BY AIMAN MALEK ®